Taujihat

Pertengahan bulan Muharam. Bulan kini mengambang penuh di angkasa. Petang ini berlangsung program Liqa'ul Fikr yang pertama untuk tahun 2010 di Musolla Al Ehsan Paya Renggam semalam ( 1 Jan 2010 ). Pengisian kali ini dilakukan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut sama dalam program kali ini ialah Tuan PJ PAS Perak, Timbalan2 PJ, SU Perhubungan, Bendahari Perhubungan, Ketua Penerangan , semua YB PAS Perak, hampir 85% YDP kawasan2 serta pimpinan PAS seluruh negeri Perak.

Liqa' kali berlangsung dalam suasana penuh kesedaran dan penyesalan para peserta kerana Naib Presiden telah menyentuh tajuk Adabul Ikhtilaf ( adab dalam perbezaan pendapat ). Sentuhan serta peringatan yang dibawa melalui perjalanan Sirah Rasulullah saw benar-benar menyentuh jiwa nurani para peserta. Pengajaran dari Perang Hunain, Perang Badar,Perang Ahzab , agihan ghanimah perang serta beberapa pengajaran lain dikupas serta dikaitkan dengan realiti semasa yang melanda jemaah masa kini cukup memberi impak yang amat mendalam.

" RasuluLlah telah menyeru supaya dipulangkan harta rampasan perang Hunain sebanyak tiga kali. Namun ada seorang sahabat yang telah mengambil seutas tali pengikat unta yang amat cantik dan diikat dipinggangnya. Dia terlalu sayang akan tali tersebut dan bimbang jatuh ke tangan orang lain jika diserahkan kepada Rasulullah. Dia membawa tali tersebut balik ke tempatnya. Keesokan harinya, dia memulangkan tali tersebut kepada RasuluLLah atas kesedaran mengambil barang tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan. Rasulullah memarahi sahabat tersebut dengan kata-kata Baginda yang mulia " pulangkan kepadaku di Padang Mahsyar kelak ! "


"Jangan jadikan Harta atau sebarang imbuhan di dalam perjuangan ini mencacatkan keikhlasan kita kepada Islam".

Namun kesyahduan menadah taujihat Dato' Tuan Ibrahim terhenti sehingga Solat Maghrib sahaja. Selepas itu seperti biasa, seblangan besar pendokong PAS seluruh Perak meninggalkan Musolla Ustaz Zahid untuk pulang ke tempat maisng-masing. Mudah-mudahan semua sahabat itu mempunyai alasan yang syari'e kerana pimpnan menetapkan bahawa program berakhir selepas solat Isya'. Tinggallah sebilangan kecil tunjak utama PAS Perak dan tidak sampai separuh pimpinan kawasan-kawasan.