PRU 13 makin dekat?....

Malam tadi selepas solat Maghrib, berlangsung penyampaian sumbangan untuk Surau Al-Amin, Taman Sejahtera oleh YB Katak @ Cash Win The Cent. Sumbangan berupa jam antik dan barangan makanan. Adakah ini tanda-tanda PRU 13 makin hampir? Sama-salah kita nanti tiba harinya...



Usrah PAS Kawasan Kampar dan Kuliah Maghrib YDP di Surau Jasinniah, Bukit Pekan.

Malam tadi selepas solat Maghrib berlangsung Usrah ajk pas kawasan Kampar dan kuliah Maghrib oleh YDP kawasan. Majlis bermula dengan berbuka puasa sunat, bacaan al-mathurat dan seterusnya pengisian oleh YDP PAS kawasan. Selepas habis program di surau ini, semua bergegas pula ke Bt 7, Jalan Tanjung Tualang untuk Ceramah Umum di rumah saudara Subani.


TAKLIMAT PROGRAM IJTIMAK PAS GANTI UMNO

Malam ini berlangsung taklimat program Ijtimak PAS ganti umNO di pejabat PAS kawasan Kampar selepas solat maghrib. Setiausaha dan Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak hadir untuk memberi taklimat kepada semua ajk kawasan, ketua cawangan, setiausaha cawangan, ketua dan setiausaha dewan-dewan.




Liqa' Fikri PAS Kampar





Jumaat 09 Jumadilakhir 1432H / 13 Mei 2011

Program berlangsung di Masjid Jamek Kampar.

Pengisian :

1. Khulasah Bacaan Kitab Amal Jama'ie

2. Tazkiyah Jihad daripada Ketua Urusan Ulama PAS Kampar.

Program berakhir kira-kira jam 10.30 malam dengan jamuan ringan.

Kehadiran hampir 100 orang ahli PAS Kawasan Kampar.

Seminar Maqasid Syari'ah

Pagi tadi pukul 6:30 pagi, semua ajk harian PAS Kampar bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri program Seminar Maqasid Syari'ah di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program bermula pukul 9:00 pagi. Pembentang-pembentangnya ialah YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Dato' Ustaz Haji Harun Taib dan YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abd Razak