KARNIVAL KANAK-KANAK PAS KAMPAR 26/10/2011



Bertempat di perkarangan rumah saudara Subani di Kg Baru, Batu 8, Jalan Tanjung Tualang telah berlangsung Karnival Kanak-kanak PAS Kampar pada Rabu yang lepas. Program dirasmikan oleh TYDP Kawasan, Sdr Amran bin Harun.

Gambar-gambar boleh dilihat di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.292589127426990.78643.225177667501470&type=1

Liqa FIkri PAS Kampar Bulan September








Malam tadi selepas solat Maghrib berlangsung majlis liqa fikri di Masjid Jamek Kampar. Naqib jemputan AF Ust Noorazli Musa yang baru pulang dari Gaza.
Untuk melihat gambar-gambar semasa Jamuan Hari Raya PAS Kampar 2011 sila klik di sini
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.128783813887114.23031.100002664890009

Sambutan Aidil Fitri 1432H


5 Syawal 1432H

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kampar Kali Ke 3 Sesi 2011-2013

Malam ini selepas solat Maghrib berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kampar Kali 3 Sesi 2011-2013 bagi membincangkan aktiviti-aktiviti PAS Kampar. Mesyuarat malam ini dipengerusikan oleh TYDP Kawasan Sdr Amran Harun.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kampar Kali Ke 2 Sesi 2011-2013

Malam ini selepas solat Maghrib berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kampar Kali 2 Sesi 2011-2013 bagi membincangkan aktiviti-aktiviti PAS Kampar dan merangka persediaan untuk menghadapi PRU yang ke 13 nanti. Mesyuarat malam ini dipengerusikan oleh YDP Kawasan Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar.



Ceramah Umum Di Bukit Pekan

Malam tadi 8/6/2011 berlangsung ceramah umum di Kg Bukit Pekan oleh Sdr Bob Lokman, bekas artis yang kini menjadi penceramah. Majlis ceramah malam tadi berlaku sikit kelewatan kerana umNO pun turut mengadakan program di sebelah jalan sahaja. umNo menggunakan Surau Al-Jasinniah Kg Tengah, Ust Ariffin dari Slim River memberi kuliah sempena Israk Mikraj. Mereka mendakwa telah merancang lama untuk membuat program tersebut. Ceramah Sdr Bob Lokman tetap diteruskan kerana permit ceramah telah diluluskan oleh pihak polis. Apa pun kedua-dua program berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekecohan.

Muktamar 57 Day 2








Tahniah, Bang Mat !
Sabtu 04 Jun 2011

Hari ini seharian kami mendengar perbahasan ucapan dasar Presiden PAS " Membangun Negera Berkebajikan ".
Sebelum itu pada jam 10.00 pagi tadi klimaks pemilihan saf kepimpinan PAS 2011 - 2013 terurai dengan pengumuman keputusan pemilihan oleh YB Dato' Paduka Ustaz Haji Abdul Halim Othman.

Tahniah kepada yang telah menang, Moga jemaah terus kuat dengan keputusan ini !

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Perwakilan PAS Kampar - Muktamar PAS ke -57










Jumaat - Ahad, 03 - 05 Jun 2011

Tiga hari tiga malam kami berkampung di Gombak untuk menghadiri muktamar tersebut.

PRU 13 makin dekat?....

Malam tadi selepas solat Maghrib, berlangsung penyampaian sumbangan untuk Surau Al-Amin, Taman Sejahtera oleh YB Katak @ Cash Win The Cent. Sumbangan berupa jam antik dan barangan makanan. Adakah ini tanda-tanda PRU 13 makin hampir? Sama-salah kita nanti tiba harinya...



Usrah PAS Kawasan Kampar dan Kuliah Maghrib YDP di Surau Jasinniah, Bukit Pekan.

Malam tadi selepas solat Maghrib berlangsung Usrah ajk pas kawasan Kampar dan kuliah Maghrib oleh YDP kawasan. Majlis bermula dengan berbuka puasa sunat, bacaan al-mathurat dan seterusnya pengisian oleh YDP PAS kawasan. Selepas habis program di surau ini, semua bergegas pula ke Bt 7, Jalan Tanjung Tualang untuk Ceramah Umum di rumah saudara Subani.


TAKLIMAT PROGRAM IJTIMAK PAS GANTI UMNO

Malam ini berlangsung taklimat program Ijtimak PAS ganti umNO di pejabat PAS kawasan Kampar selepas solat maghrib. Setiausaha dan Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak hadir untuk memberi taklimat kepada semua ajk kawasan, ketua cawangan, setiausaha cawangan, ketua dan setiausaha dewan-dewan.




Liqa' Fikri PAS Kampar





Jumaat 09 Jumadilakhir 1432H / 13 Mei 2011

Program berlangsung di Masjid Jamek Kampar.

Pengisian :

1. Khulasah Bacaan Kitab Amal Jama'ie

2. Tazkiyah Jihad daripada Ketua Urusan Ulama PAS Kampar.

Program berakhir kira-kira jam 10.30 malam dengan jamuan ringan.

Kehadiran hampir 100 orang ahli PAS Kawasan Kampar.

Seminar Maqasid Syari'ah

Pagi tadi pukul 6:30 pagi, semua ajk harian PAS Kampar bertolak ke Shah Alam untuk menghadiri program Seminar Maqasid Syari'ah di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program bermula pukul 9:00 pagi. Pembentang-pembentangnya ialah YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Dato' Ustaz Haji Harun Taib dan YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abd Razak






Usrah AJK Pertama Sesi 2011-2013

Malam tadi 28/4/2011, usrah pertama ajk PAS kawasan Kampar untuk sesi 2011-2013. Bermula dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib, bacaan al-mathurat dan pengisian usrah. NYDP selaku pengerusi lajnah tarbiyyah telah memberikan pengisian yang menarik. Kehadiran ajk agak kurang kerana sebelum maghrib hujan turun dengan begitu lebat.