Majlis Aidilfitri PAS Kampar


Sehubungan dengan perkara di atas


Tuan / Puan / Encik / Cik
-- Pelayar Weblog PAS Kawasan Kampar --

bersama keluarga ke Majlis Aidilfitri PAS Kawasan Kampar
di Pejabat PAS Kampar (Berhampiran Tesco Kampar)

pada

Hari : Ahad
Tarikh : 19 September 2010
Masa : 8 malam

Muslimin & Muslimat dijemput hadir


Sumbangan Hari Raya Aidilfitri


Tualang Sekah, 4 Sept - Lajnah Kebajikan PAS Kampar bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah mengadakan Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj Azmi bin Abdul Hamid Pemangku TYDP PAS Kampar. Turut serta menyampaikan sumbangan ialah Setiausaha, Bendahari dan Ketua Muslimat (PAS Kawasan Kampar). Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kampar En. Sufian bin Abdul Malek ketika bercakap bersama blogger semasa program tahunan yang diadakan menjelang Aidilfitri ini menyatakan bahawa PAS Kampar membelanjakan sebanyak RM 10,000 untuk dihadiahkan kepada penerima yang terpilih dari Daerah Kampar. Semoga hadiah yang disampaikan dapat meringankan beban semasa hari raya berikutan hidup rakyat yang semakin sempit akibat kenaikan harga barang. Kerajaan pusat baru-baru ini telah menaikkan harga bahan bakar dan gula yang menyebabkan rakyat marhaen terhimpit dengan kesan ekonomi yang tidak menentu. Kesan ini amat dirasai dan jaminan kerajaan pusat untuk memastikan mereka tidak terbeban dengan kenaikan baru ini hanyalah omongan kosong. Mereka juga dari golongan yang tidak diberikan wang bonus hari raya seperti yang dinikmati oleh penjawat awam.

Iftar Ramadhan

Bukit Pekan, 2 Sept - Program Iftar Ramadhan PAS Kawasan Kampar telah melabuhkan tirainya sebentar tadi (semalam), destinasi terakhir adalah di Cawangan Bukit Pekan. Cawangan yang terlibat bagi Zon 3 ini adalah Cawangan Bukit Pekan (tuan rumah), Ayer Hitam Labu, Batu Berangkai, TMJ, Taman Sejahtera dan Cawangan Kampar. Sambutan luar biasa dapat dilihat dengan kehadiran lebih daripada 60 orang peserta. Turut menghadirkan diri Tuan Haji Azmi Bin Abdul Hamid (Pemangku Timbalan Yang Dipertua). Pihak Cawangan Bukit Pekan juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan daripada PAS Kawasan Kampar yang memberi kepercayaan kepada tuan rumah untuk menganjurkan program ini. Berikut merupakan gambar semasa program tersebut berlangsung.




Ihya' Ramadhan

Berikut merupakan program yang telah diatur sepanjang bulan Ramadhan.

Iftor Ramadhan (Zon A)
Tarikh :
Tempat :
- Tahlil
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh berjemaah
- Tazkirah oleh

Iftor Ramadhan (Zon B)
Tarikh :
Tempat :
- Tahlil
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh berjemaah
- Tazkirah oleh

Badr Al-Kubra
Tarikh : 26 September 2010 / 16 Ramadhan 1431H
Tempat : Masjid Jamek, Kampar
- Tahlil
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh berjemaah
- Tazkirah oleh

Iftor Ramadhan (Zon C)
Tarikh : 1 September 2010
Tempat : PAS Cawangan Bukit Pekan
- Tahlil
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh berjemaah
- Tazkirah oleh Ustaz Sufian Bin Rejab

* Muslimin & muslimat dijemput hadir

Ramadhan 1431H


PAS Kawasan Kampar mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Perasmian Markas PAS Cawangan Bukit Pekan

Bukit Pekan, 27 Julai 2010 - Dato' Seri Haji Nizar Bin Jamaluddin telah menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Rakyat di Markas PAS Cawangan Bukit Pekan. Haji Nizar juga telah merasmikan Markas PAS Cawangan Bukit Pekan pada hari Tersebut. Berikut merupakan gambar sekitar majlis tersebut.





Program Bersama YDP PAS Kampar


Program Bersama YB Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Bin Jamaluddin
(Menteri Besar Pakatan Rakyat)
Hari : Jumaat
Tarikh : 30 Julai 2010

Minum Petang Bersama Rakyat
(Perasmian Markas PAS Cawangan Bukit Pekan)
Tempat : Markas PAS Cawangan Bukit Pekan
Masa : 5:00 petang

Tazkirah Maghrib
Tempat : Surau PPRT, Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar.
Masa : 8:00 malam

Ceramah Isu Semasa
Tempat : Pejabat DAP, Malim Nawar.
Masa : 9:00 malam

Semua Dijemput Hadir

PRK 212 - Pilihanraya Sibu


Duty Period - 10th May untill 13th May 2010
Strength : 10 person

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Kampar

Kampar, 25 April 2010 - Satu Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kampar telah dijalankan di Markas PAS Cawangan Taman Melayu Jaya dan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Bin Hussin. Di dalam ucapan beliau, Ustaz Abu Bakar menegaskan supaya semua gerak kerja di dalam parti mestilah menurut acuan tarbiyah yang telah diterapkan oleh pimpinan parti. Bercakap semasa merasmikan mesyuarat, beliau jua berharap agar "Tahalluf Siasi" dapat diterjemahkan di dalam setiapgerak kerja parti. PAS juga mestilah tidak dilihat hanya sebagai sebuah organisasi politik sahaja bahkan perlu mendominasi keseluruhan keperluan masyarakat. Dengan berlandaskan syariat Islam PAS perlu memenuhi segala tuntuan kehidupan duniawi apabila berada di dalam masyarakat yang pelbagai latar budaya, ekonomi dan sebagainya.

Tindakan kerajaan haram BN Perak yang mempolitikkan isu masjid dan DUN Perak juga tidak terlepas dari pandangannya. PAS perlu bersiap sedia dari segi pengurusan untuk mentadbir negeri Perak selepas PRU ke-13 kerana dengan kebobrokan kerajaan haram ini telah diketahui umum. Oleh itu, pemerkasaan organisasi di peringkat akar umbi perlu dimantapkan. Beliau juga mengingatkan supaya ahli-ahli bersedia untuk menghadapi pilihanraya dan menyatakan sokongan kepada calon dari Pakatan Rakyat DUN Tualang Sekah.

Taujihat

Pertengahan bulan Muharam. Bulan kini mengambang penuh di angkasa. Petang ini berlangsung program Liqa'ul Fikr yang pertama untuk tahun 2010 di Musolla Al Ehsan Paya Renggam semalam ( 1 Jan 2010 ). Pengisian kali ini dilakukan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Turut sama dalam program kali ini ialah Tuan PJ PAS Perak, Timbalan2 PJ, SU Perhubungan, Bendahari Perhubungan, Ketua Penerangan , semua YB PAS Perak, hampir 85% YDP kawasan2 serta pimpinan PAS seluruh negeri Perak.

Liqa' kali berlangsung dalam suasana penuh kesedaran dan penyesalan para peserta kerana Naib Presiden telah menyentuh tajuk Adabul Ikhtilaf ( adab dalam perbezaan pendapat ). Sentuhan serta peringatan yang dibawa melalui perjalanan Sirah Rasulullah saw benar-benar menyentuh jiwa nurani para peserta. Pengajaran dari Perang Hunain, Perang Badar,Perang Ahzab , agihan ghanimah perang serta beberapa pengajaran lain dikupas serta dikaitkan dengan realiti semasa yang melanda jemaah masa kini cukup memberi impak yang amat mendalam.

" RasuluLlah telah menyeru supaya dipulangkan harta rampasan perang Hunain sebanyak tiga kali. Namun ada seorang sahabat yang telah mengambil seutas tali pengikat unta yang amat cantik dan diikat dipinggangnya. Dia terlalu sayang akan tali tersebut dan bimbang jatuh ke tangan orang lain jika diserahkan kepada Rasulullah. Dia membawa tali tersebut balik ke tempatnya. Keesokan harinya, dia memulangkan tali tersebut kepada RasuluLLah atas kesedaran mengambil barang tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan. Rasulullah memarahi sahabat tersebut dengan kata-kata Baginda yang mulia " pulangkan kepadaku di Padang Mahsyar kelak ! "


"Jangan jadikan Harta atau sebarang imbuhan di dalam perjuangan ini mencacatkan keikhlasan kita kepada Islam".

Namun kesyahduan menadah taujihat Dato' Tuan Ibrahim terhenti sehingga Solat Maghrib sahaja. Selepas itu seperti biasa, seblangan besar pendokong PAS seluruh Perak meninggalkan Musolla Ustaz Zahid untuk pulang ke tempat maisng-masing. Mudah-mudahan semua sahabat itu mempunyai alasan yang syari'e kerana pimpnan menetapkan bahawa program berakhir selepas solat Isya'. Tinggallah sebilangan kecil tunjak utama PAS Perak dan tidak sampai separuh pimpinan kawasan-kawasan.