Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Kampar

Kampar, 25 April 2010 - Satu Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kampar telah dijalankan di Markas PAS Cawangan Taman Melayu Jaya dan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Bin Hussin. Di dalam ucapan beliau, Ustaz Abu Bakar menegaskan supaya semua gerak kerja di dalam parti mestilah menurut acuan tarbiyah yang telah diterapkan oleh pimpinan parti. Bercakap semasa merasmikan mesyuarat, beliau jua berharap agar "Tahalluf Siasi" dapat diterjemahkan di dalam setiapgerak kerja parti. PAS juga mestilah tidak dilihat hanya sebagai sebuah organisasi politik sahaja bahkan perlu mendominasi keseluruhan keperluan masyarakat. Dengan berlandaskan syariat Islam PAS perlu memenuhi segala tuntuan kehidupan duniawi apabila berada di dalam masyarakat yang pelbagai latar budaya, ekonomi dan sebagainya.

Tindakan kerajaan haram BN Perak yang mempolitikkan isu masjid dan DUN Perak juga tidak terlepas dari pandangannya. PAS perlu bersiap sedia dari segi pengurusan untuk mentadbir negeri Perak selepas PRU ke-13 kerana dengan kebobrokan kerajaan haram ini telah diketahui umum. Oleh itu, pemerkasaan organisasi di peringkat akar umbi perlu dimantapkan. Beliau juga mengingatkan supaya ahli-ahli bersedia untuk menghadapi pilihanraya dan menyatakan sokongan kepada calon dari Pakatan Rakyat DUN Tualang Sekah.