Usrah AJK Pertama Sesi 2011-2013

Malam tadi 28/4/2011, usrah pertama ajk PAS kawasan Kampar untuk sesi 2011-2013. Bermula dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib, bacaan al-mathurat dan pengisian usrah. NYDP selaku pengerusi lajnah tarbiyyah telah memberikan pengisian yang menarik. Kehadiran ajk agak kurang kerana sebelum maghrib hujan turun dengan begitu lebat.







Mesyuarat JPN dan JPK




27 April 2011

Malam berlangsung mesyuarat di atas mulai jam 2130 di pejabat PAS Perak, Ipoh.

Tujuan : Strategi meruntuhkan kerajaan zalim BN !

Wakil : Saudara Setiausaha dan Pengarah JPK

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin






Malam tadi 15/04/2011, selepas solat Maghrib berlangsung majlis solat hajat dan bacaan yasin anjuran DPPK Kampar dan Urusan Ulamak Kawasan Kampar di Masjid Jamek, Kampar sempena dengan pilihanraya umum Sarawak. Ketua Urusan Ulama yang baru telah memberi motivasi dan semangat untuk ahli-ahli PAS Kampar.

Lautan Ceramah DAP



Malam tadi kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Tabuan Jaya penangan ceramah fnale DAP dan Pakatan Rakyat Sarawak.

Sambutan begitu meriah petanda kejatuhan rejim Taib Mahmud & BN di Sarawak.



Salam.Jam 9pg tiba di Jeti Kota Samarahan untuk ke Dun Sadong Jaya,takdir Allah feri tidak boleh digunakan kerana air sungai surut.Berpatah balik mengikut jalan Asah jaya yang agak jauh.(65km).Tepat jam 1030pg tiba di Markaz PAS Dun Sadong Jaya yang dikendalikan oleh PAS Selangor.1jam 30 mnt berada di sana mendengar perkembangan terkini keadaan di Dun Sadong Jaya,B.Maro,Sebuyau,Tanjung Dato da Muara Tuang oleh petugas PAS Selangor dan Peengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat Yb Firdaus Jaafar .Mudah-mudahan Allah beri kemenangan pada calon-calon PAS. Takbir !

Mesra Komuniti di Asajaya




Jumaat 15 April 2011.

Petugas PAS Kampar yang berada di Asajaya sempat menghulurkan bantuan kepada seorang pengundi berhadapan Masjid Asajaya pagi tadi.

Mereka dalam perjalanan ke Sadong Jaya apabila terserempak dengan sebuah kereta yang mengalami kerosakan di tepi jalan berhampiran Masjid Asajaya.

Bantuan kecil itu telah berjaya menyelesaikan masalah Encik Daud Mape. Diharapkan Encik Daud dapat membuat pilihan yang tepat pada Sabtu ini dengan semangat mesra rakyat yang dipamerkan oleh petugas PAS.

Sarawak Kami Datang





Khamis 14 April 2011

Rombongan kedua petugas PAS Kampar akan ke Muara Tuang malam ini bagi membantu kerja-kerja pilihanraya bagi memmenangkan calon PAS, Kak Ani di situ pada Sabtu ini.

Moga ALLah selamatkan perjalanan pergi dan pulang !
Malam tadi 10/04/2011 selepas solat Maghrib berlangsung mesyuarat ajk kerja PAS kali pertama untuk sesi 2011-2013, Dato' Seri Ir Hj Nizar sebagai YDP yang telah dipilih untuk sesi ini telah mempengerusikan mesyuarat. Agendanya, melantik SU, PSU, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihanraya dan ajk tambahan untuk memantapkan PAS kawasan Kampar.