Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kampar Kali Ke 2 Sesi 2011-2013

Malam ini selepas solat Maghrib berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kampar Kali 2 Sesi 2011-2013 bagi membincangkan aktiviti-aktiviti PAS Kampar dan merangka persediaan untuk menghadapi PRU yang ke 13 nanti. Mesyuarat malam ini dipengerusikan oleh YDP Kawasan Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar.



Ceramah Umum Di Bukit Pekan

Malam tadi 8/6/2011 berlangsung ceramah umum di Kg Bukit Pekan oleh Sdr Bob Lokman, bekas artis yang kini menjadi penceramah. Majlis ceramah malam tadi berlaku sikit kelewatan kerana umNO pun turut mengadakan program di sebelah jalan sahaja. umNo menggunakan Surau Al-Jasinniah Kg Tengah, Ust Ariffin dari Slim River memberi kuliah sempena Israk Mikraj. Mereka mendakwa telah merancang lama untuk membuat program tersebut. Ceramah Sdr Bob Lokman tetap diteruskan kerana permit ceramah telah diluluskan oleh pihak polis. Apa pun kedua-dua program berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekecohan.

Muktamar 57 Day 2








Tahniah, Bang Mat !
Sabtu 04 Jun 2011

Hari ini seharian kami mendengar perbahasan ucapan dasar Presiden PAS " Membangun Negera Berkebajikan ".
Sebelum itu pada jam 10.00 pagi tadi klimaks pemilihan saf kepimpinan PAS 2011 - 2013 terurai dengan pengumuman keputusan pemilihan oleh YB Dato' Paduka Ustaz Haji Abdul Halim Othman.

Tahniah kepada yang telah menang, Moga jemaah terus kuat dengan keputusan ini !

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Perwakilan PAS Kampar - Muktamar PAS ke -57










Jumaat - Ahad, 03 - 05 Jun 2011

Tiga hari tiga malam kami berkampung di Gombak untuk menghadiri muktamar tersebut.