Iftar Ramadhan

Bukit Pekan, 2 Sept - Program Iftar Ramadhan PAS Kawasan Kampar telah melabuhkan tirainya sebentar tadi (semalam), destinasi terakhir adalah di Cawangan Bukit Pekan. Cawangan yang terlibat bagi Zon 3 ini adalah Cawangan Bukit Pekan (tuan rumah), Ayer Hitam Labu, Batu Berangkai, TMJ, Taman Sejahtera dan Cawangan Kampar. Sambutan luar biasa dapat dilihat dengan kehadiran lebih daripada 60 orang peserta. Turut menghadirkan diri Tuan Haji Azmi Bin Abdul Hamid (Pemangku Timbalan Yang Dipertua). Pihak Cawangan Bukit Pekan juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan daripada PAS Kawasan Kampar yang memberi kepercayaan kepada tuan rumah untuk menganjurkan program ini. Berikut merupakan gambar semasa program tersebut berlangsung.




0 Response to "Iftar Ramadhan"

Catat Ulasan