Sumbangan Hari Raya Aidilfitri


Tualang Sekah, 4 Sept - Lajnah Kebajikan PAS Kampar bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah mengadakan Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj Azmi bin Abdul Hamid Pemangku TYDP PAS Kampar. Turut serta menyampaikan sumbangan ialah Setiausaha, Bendahari dan Ketua Muslimat (PAS Kawasan Kampar). Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kampar En. Sufian bin Abdul Malek ketika bercakap bersama blogger semasa program tahunan yang diadakan menjelang Aidilfitri ini menyatakan bahawa PAS Kampar membelanjakan sebanyak RM 10,000 untuk dihadiahkan kepada penerima yang terpilih dari Daerah Kampar. Semoga hadiah yang disampaikan dapat meringankan beban semasa hari raya berikutan hidup rakyat yang semakin sempit akibat kenaikan harga barang. Kerajaan pusat baru-baru ini telah menaikkan harga bahan bakar dan gula yang menyebabkan rakyat marhaen terhimpit dengan kesan ekonomi yang tidak menentu. Kesan ini amat dirasai dan jaminan kerajaan pusat untuk memastikan mereka tidak terbeban dengan kenaikan baru ini hanyalah omongan kosong. Mereka juga dari golongan yang tidak diberikan wang bonus hari raya seperti yang dinikmati oleh penjawat awam.

0 Response to "Sumbangan Hari Raya Aidilfitri"

Catat Ulasan