Jangan calonkan Isa Samad: Dr Mahathir

PUTRAJAYA: "Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu, berkata imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes macam ini.
"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," katanya dalam temuramah dengan Bernama.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura Isa turut disenarai sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Dr Mahathir berkata walaupun Umno bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri mahukan dirinya bertanding, mereka perlu ingat bahawa pilihan raya kecil itu bukan melibatkan wakil dari Umno bahagian itu sahaja yang bertanding.

"Ini kerana rakyat akan melihatnya sebagai mewakili Umno dari seluruh negara dan menggambarkan pendirian Umno.

"Macam satu orang boleh menang jadi Presiden Umno tapi tak bermakna dia boleh menang pilihan raya," katanya.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Oktober dan penamaan calon pada 3 Oktober.

Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September akibat jangkitan dalam darah.

Mengenai kemelut MCA, Dr Mahathir berkata ia boleh selesai sekiranya pemimpin parti meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.

Mereka, katanya, perlu sedar yang utama parti dan bukannya mereka.

"Seorang pemimpin tidak akan membuat sesuatu untuk merosakkan parti," katanya.

"Kalau you (pemimpin) tahu you dah tak layak kerana apa-apa. You berhenti. Jangan nak pegang (jawatan) saja," katanya.

Beliau berkata pemimpin harus sedar kerana partilah, mereka mendapat kedudukan.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, mesyuarat agung luar biasa MCA boleh menyelesaikan kemelut parti itu jika para pemimpin parti itu mengutamakan kepentingan parti.

Kemelut MCA itu menjadi hangat apabila timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat kerana masalah disiplin berhubung isu skandal seksnya.

Sumber: Bernama

1 Response to "Jangan calonkan Isa Samad: Dr Mahathir"

  1. Mr Itam says:

    Ko terlebih makan maruku kot !
    Pandangan orang tua nyanyuk yu yak boleh pakai !

    Sape pun calon, memang pas tak boleh menang di bagan pinang. Tu memang kubu kuat KAMI !

    mimpi le panjang-panjang yop........

    Pertama dan yang terutama, kami dengan ini mengisytiharkan bahawa kami adalah 4 orang individu dan kami adalah sahabat lama DS Zambry.

    Ya, kami seusrah dengan inta. Kami membaca bersama teks Fathi Yakan, "Apa ertinya aku menganut Islam" bersama-sama DS Zambry. Kami belajar bersamanya di UIA. Kami baca bersama risalah dan terbitan Ikhwanul Muslimin. Kami baca Al Ma'thuuraat bersama-sama. Kami baca buku karangan IIFSO dan Triple IT bersama. Kami berpandukan Buku Hisham Athhalab - Panduan Gerakerja Pekerja Islam sebagai modul dan pendekatan kami berkerja. Kami hadiri kuliah tarbiah Prof Dr Siddiq Fadhil. Dan kami dipimpin oleh Dr Mohd Nor Manuty. Dan kami suka ikut gaya DS Anwar berpidato. Itulah kami dan itulah sahabat kami DS Zambry.

    Apakah kami selepas graduasi daripada sekolah ABIM ini dan kemanapun kami - cita-cita kami ialah - MENEGAKKAN NEGARA YANG BAIK DAN MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH. Dan demikian jualah DS Zambry.

    Kerana itu kami bekerja secara halus dan kasar meruntuhkan kerajaan Muzabzab pimpinan DAP di Perak. Kami susun jua akhirnya sehingga rakan kami yang terpilih menerajui kerajaan Thoyyibah ini. Kerajaan ini hendaknya dapatlah keampunan daripada Allah.

    Kerana itu usahlah meneka kami sebagai orang yang bukan kami sebenarnya. Usah difitnah kami adalah milik sesiapa. Kami adalah kami, sahabat lama DS Zambry. Kami lebih rapat dan lebih kenal akan dia kerana kami seusrah. Kami telah lama hidup sebagai satu jamaah dan ikatan persahabatan yang kuat dan utuh.

Catat Ulasan